March 27, 2014

Meja makan dan 15 tahun kedepan.

Tadi makan malam dengan adik aku yang bongsu. Berdua satu meja. Yang lain belum sampai seru nk makan, jadi aku offer diri untuk join adik aku makan dulu

Isya darjah 3. 9 tahun.

Jauh beza dengan umor angah dia yg dah masuk zaman2 20an ni. Aku kalo darjah 3 dulu, tgk org umor 20an ni nampak deme yg 20 an ni, abes besor dah la, kalau deme angkat tangan tu, aku dah mencicit lari

Satu perbulan tipikal diwujudkan oleh aku selaku abang kedua terbesar dalam rumah bapak aku ni. Biasalah jadi abang2 ni kene la tunjuk matang depan adik2. Sambil cedok nasik masuk pinggan dan menyusun rapi lauk pauk yang bakal aku hadamkan kejap lg.

Sempat jugak aku test power slaku abg besar dalam institusi kekeluargaan ni, dengan menggunakan kuasa veto aku untuk mengerah adik aku yg darjah 3 ni pegi cari kicap didapur.

Misi beriaya, walaupun selepas tu die pulak kerahkan aku tuang ayor dalam gelas dia, xpe, ini adalah contoh demokrasi terpimpin, selaku abang besar, aku patuh pada sistem demokrasi meja makan ini.

Perbualan tipikal dimulakan.

"Tadi kawan isya tanye isya suka subjek ape, isya jawab BI, sebab isya spelling xpenah salah, dah dua tahun asyik semua betul"

Aku pun balas dengan penuh "wise" dan bermotivasi

"Len kali org tanye, jawab BI dgn math, senang, nnt isya boleh tunjuk power jawab math pulak"

"Isya xpower sgt math, sbb tu xsuka"

Lantas aku mencelah

"Engko exam nombor brape?"

"Nombor 8"

"Pegh buat malu la syaa, anak ibu abah time2 baya2 ko ni, semua main top 3 je, abeh kuat top 5"

Aku nampak dah adik aku tengah tergugat reputasi yang dia cuba bina sejak mula berbual dgn aku dari tadi.

"Memang la, angah dulu kecik, memang la pandai"

Nampaknya dia sedia tahu reputasi abang2 dia yg xpernah jatuh dalam rumah ni, 

lantas aku iyakan aje ape yg dia cakap.

"Haa tau pun engko"

Sambil adik aku abeskan suap nasi, dan kunyahan dalam mulut dia, sempat jugak die semburkan sepatah dua bait bahasa untuk balas ayat2 angkuh tadi.


"Tapi dah besar, semua ntah pape"



Ermm


Sambil aku abeskan makan dalam pinggan & dengan reputasi yang tercalar, aku gunakan kuasa aku dalam institusi kekeluargaan ini untuk menindas adik aku atas ketidakwajaran dia menjatuhkan reputasi aku tadi.


"Nah basuh pinggan angah sekali"


Suke hati ko je nak cakap semua dah besor jadi ntah pape


Macibs.


February 16, 2014

Fokus Konsisten Dan Sober

Fokus 
Konsisten
Sober


3 menatang ni kalau ada, insyaAllah buat apa pun laju

Semakin lama hidup

Makin sloppy
Makin kurang aim
Makin kurang berganjak

Haih

February 14, 2014

Bakor Kapal

Mengikut pepatah bahasa mat salleh

Bakor kapal bermaksud

Tiada berpatah balik

Sebab kalau perang ada kapal berlabuh

Kite kire nak balik je, duk tgk kapal bile nak balik,

Jadi bakor kapal dan berperang


So nak kabo ni, nnt nak start keje baru lagi, mintak2 kerja baru ni 

Boleh memperbaharui diri aku sendiri

Adios

July 2, 2013

burn the ship

citer die skang

dah start keje dengan komitmen

itu je aku nak kabo

sebab keje ni banyak pakai laptop

ade lah mase aku nak menggodek2 blog ni

kakakaka



February 14, 2013

Cuti Camping

nak jadi cerite

7 anak muda, berkesinambungan dari sembang malam di manjung,
sesi mengeteh dan brainstorming selepas jelajah kenduri kawen,
maka meletup le idea nak ke trip mancing,


#DayZero


berbekalkan kabel cekang xbrape power yang aku ade ni,
aku gamble kan aje nasib budak2 ni,
kononnye boleh setting ke belum,

ah lantakkan

planning ke belum bertukar servis
akibat flooded dgn org yg pakat raya cina
nak jugak masuk hutan

maka


dengan rasa serba salah, sedikit rasa aib, kredibiliti dicabar
aku kiblatkan amarah aku ni pada botman di banding,
aku talipon dan nyatakan hasrat untuk mengubah layar,


dan menukar koordinat kiblat ke arah yang lebih produktif
ternyata perbualan telefon yang singkat itu mengundang seribu persoalan
persoalan demi persoalan mulai timbul


botman yang aku amanatkan dengan  RM 0.7K
dengan selamber tanye aku bawak dapur ke idak?
dengan selamber tanye aku ada belerang ke idak?
dengan selamber tanye aku bawak khemah ke idak?


aku tunggu je bile die nak tanye aku bawak bot sendiri ke idak


kalau die tanye cenggitu, tau le aku jek perut dia setibanya aku dijeti 


xcakap banyak, aku call zek si tikus,
dengan harapan memberi beban mencari khemah,
dengan harapan die mampu memberi tangan,


xsia2


usaha aku membebankan zek membuah hasil,
beliau dengan selamber membebankan bulat,
ternyata bulat menjadi mangsa korupsi antara kami,


#Day1


pagi2 lagi aku dah bebankan zek selaku Public Relation officer,
aku amanahkan die supaya berkumpul didepan rumah hery bittersweet (baca: rumah bulat),
tepat jam 6pagi,
jangkaan aku tepat, naim membuktikan kutukan kami selama ini benar belaka,
beliau lewat ! dan kelewatan naim mengaburi kelewatan aku pada pagi itu,
tanpa ucap terima kasih kerana mengaburi,
aku antara orang pertama yang menabur maki-makian manja,
diselit gurauan kasar, perlian keji dan kata2 kurang kesat.


kami masih tenang dan berlagak pawer
jam berdetik seolah makin laju
namun rokok masih ditangan
sambil melihat herry bittersweet diawal pagi keluar membuang sampah


tepat jam 7 lebih kami berangkat,


........................................

dah ada titik2 ni xkan xfaham lagi ye dak
macam biasa,
nanti free aku sambung tulis lagi

heuheuheu







January 28, 2013

kawen dan talipon pintar

#taliponpintar

cukup tiga minggu

tiga minggu

aku xdek wassep ,
xde social apps dalam bentuk mobility,

masih ok

masih belum tergugat



#kawen



sabtu lepas

pegi kenduri kawen

"Annas dan Atiqah"

"Fatin Ahmad dan Suami"


trip simple ni mengisi jugak la hujung minggu yang aku rasa hampir nak kosong tanpa aktiviti.








January 19, 2013

provokasi itu jenaka orang bijak


sila lihat tajuk

sudah cukup provokasi

mereka yang membakar api provokasi ini

dikalangan orang yang bijak2

namun yang menyahut dan melatah

adalah orang yang tidak bijak

baca tajuk sekali lagi

dan duduk diam

jangan berbuat apa apa

berlagak tenang

kerana

berlagak itu satu provokasi

tetapi

tenang itu satu provokasi paling dewa


maka bertenang lah

December 24, 2012

Tajuk Tipikal

hari makin kosong

bangkit

lakukan sesuatu

sesuatu yang pasti boleh

mengubah

hari ini bangkit pukul 11

cuba bangkit pukul 8

hari lain


apresiasi


cuba apresiasi kan 


hari anda


dengan 


bangun awal

December 23, 2012

secara am nya

secara am nya

tikus mando dah ajak aku colabo tulis dalam satu blog dia nih

so xcakap banyak

aku kena update blog ni jugak

supaya

secara am nya

org nampak yg aku

masih ada jiwa blogger


feel free

explore


penaippicisan.blogspot.com

October 27, 2012

dengki

x ada apa yang elok dalam mendengki

hanya ada dengki

dan

dengki